AI & Technology

Paradoks Produktiviti AI

Paradoks Produktiviti AI dalam pendidikan: bukan banyaknya alatan AI yang kita guna atau hebatnya kemahiran AI yang kita miliki, tetapi keberhasilan dan produktiviti sebenar daripada penggunaan itu yang paling bermakna.

Ts. Ashraf bin Naim
09 November 2025
4 min bacaan
172 views

Paradoks Produktiviti AI

Bukan banyaknya alatan AI yang kita guna, dan bukan juga hebatnya kemahiran AI yang kita miliki, tetapi keberhasilan dan produktiviti sebenar yang terhasil daripada penggunaan itu yang paling bermakna.

Kita sering teruja dengan pelbagai aplikasi, "prompt" dan sistem baharu. Namun, dalam keghairahan itu, ada risiko kita sebenarnya terperangkap dalam apa yang boleh disebut sebagai "Paradoks Produktiviti AI".

Ia merujuk keadaan apabila kita kelihatan sibuk menggunakan AI, tetapi tidak benar-benar menjadi lebih produktif atau berinovasi.

Kita membina lebih banyak, tetapi menghasilkan kurang nilai sebenar.

Terdapat satu konsep yang menarik, iaitu Paradoks Fermi. Ia merujuk kepada persoalan: "Jika alam semesta ini begitu luas dan penuh kemungkinan, mengapa kita belum bertemu tamadun lain?"

Begitu juga dengan AI.

Potensi AI amat luas, tetapi apabila tiada matlamat yang jelas, penggunaan AI hanya menjadi ritual tanpa hasil. Banyak bergerak, tetapi tidak maju.

Maka, persoalannya bukan berapa banyak AI yang kita guna,

tetapi bagaimana kita menggunakannya untuk menghasilkan impak yang bermakna, meningkatkan keberkesanan PdP dan menjimatkan masa untuk memberi nilai kepada murid.

Di sinilah bermulanya perjalanan menuju kepimpinan digital yang berwawasan.


T

Tentang Ts. Ashraf bin Naim

Pendidik berpengalaman yang bersemangat tentang AI, EdTech, dan transformasi digital dalam pendidikan. Berkongsi insights dan pengalaman praktikal untuk membantu pendidik lain.

Suka artikel ini?

Langgan newsletter untuk dapatkan artikel terkini terus ke inbox anda.