Ts. Ashraf Naim

// Talks

Talks & Workshops

Perkongsian ilmu melalui bengkel, ceramah, dan presentation untuk pendidik di seluruh Malaysia

Saya menyampaikan bengkel dan ceramah tentang AI dalam pendidikan kepada guru, pengetua dan guru besar, pegawai PPD dan JPN, serta bahagian di Kementerian Pendidikan Malaysia.

Setiap sesi disertakan pakej lengkap: slaid, skrip penyampaian, modul hands-on dan platform pembelajaran dalam talian supaya peserta boleh terus mencuba semasa sesi berjalan. Fokusnya bukan teori, tetapi alat yang boleh digunakan di sekolah pada keesokan harinya.

14+

Bengkel & Ceramah

1,786+

Peserta Terlatih

7+

Sekolah Dilawati

4.9/5

Rating Peserta

// Akan Datang

Bengkel & Ceramah Akan Datang

Tiada bengkel atau ceramah akan datang buat masa ini. Sila semak kembali kemudian.

// Arkib

Bengkel & Ceramah Lepas

Bengkel Pemantapan AI Tool dalam PdP: Gemini Notebook & Canva AI for Education
Workshop
Ogo 2026
Bengkel Pemantapan AI Tool dalam PdP: Gemini Notebook & Canva AI for Education
Bilik Mesyuarat, SK LKTP Belitong, Kluang, Johor

Bengkel hands-on 2.5 jam untuk guru sekolah rendah: membina buku nota subjek daripada DSKP dengan Gemini Notebook, perbualan bersumber dengan petikan, penjanaan kuiz, podcast, slaid dan infografik bertema, slaid Bahasa Melayu dengan Canva AI, bahan interaktif dengan Canva Code, formula prompt CTFC dan etika AI. Disertakan 32 slaid, skrip penyampaian, modul hands-on, 20+ templat prompt dan LMS web khusus.

Perkongsian AI for Profesional: Gemini, Canva & ChatGPT
Workshop
Jul 2026
Perkongsian AI for Profesional: Gemini, Canva & ChatGPT
Hotel Jazz Penang, Tanjung Tokong, Pulau Pinang

Sesi 120 minit anjuran Bahagian Pengurusan Sekolah Harian KPM (RPM Teras 3). Slot Gemini Pro untuk analisis data CSV, Deep Research, Canvas dan Gems; Gemini Notebook dengan Studio dan Video Overview; Canva Sheets dan Magic Charts untuk dashboard; bonus ChatGPT untuk analisis kuantitatif dan tematik serta semakan instrumen; ditutup dengan etika data kerajaan. 44 slaid, modul hands-on dan LMS web.

Kursus Penggunaan AI dalam PdPC (LDP1)
Workshop
Jun 2026
Kursus Penggunaan AI dalam PdPC (LDP1)
Bilik Seminar Al-Ghazali, SK Abdul Rahman Yassin, Kluang, Johor

Kursus Peningkatan Profesionalisme Guru 4 slot (8.00 pagi hingga 12.30 tengah hari): Pengenalan AI, Gemini, NotebookLM dan Canva for Teacher, termasuk kejuruteraan prompt CTFC, penjanaan imej AI dan multimedia. Disertakan 43 slaid, skrip penyampaian, modul hands-on dan LMS web bertema gelap/cerah.

Bengkel Vibe Coding: Daripada Idea kepada Sistem Sebenar
Workshop
Mei 2026
Bengkel Vibe Coding: Daripada Idea kepada Sistem Sebenar
Bengkel Jurulatih Utama Penggerak Digital PPD Segamat, Segamat, Johor

Tiga slot (pengenalan, hands-on, pembentangan kumpulan) memperkenalkan model 3 Level pembinaan aplikasi pendidikan dengan AI: Level 1 prompt sahaja (Claude Artifacts, Lovable, Bolt, Gemini Canvas, Canva Code), Level 2 prompt dan deploy sendiri dengan URL, Level 3 IDE profesional dengan agen AI (Cursor, VS Code, Claude Code). Peserta membina dan deploy aplikasi pendidikan sendiri. 47 slaid, nota penceramah dan 3 panduan hands-on.

Bengkel Kerja + Kursus Pengupayaan Pegawai Teknikal Sektor Pengurusan Sekolah Bil.1/2026
Workshop
4 gambar
Feb 2026
Bengkel Kerja + Kursus Pengupayaan Pegawai Teknikal Sektor Pengurusan Sekolah Bil.1/2026
SSTP Negeri Sembilan, Port Dickson
20 peserta

Kursus yang merangkumi 4 slot selama 2 hari (AI for Management & Management Support, AI Data Management & Analytic, Data Visualizations & Reporting dan Vibe Coding & Storytelling) dihurai secara "Vibe Check (Hook-Body-Playload)" kepada 20+ peserta dengan hasil ouput artefak setelah selesai menimba ilmu selama 16 jam teori (the brain 30%) dan hands on (the muscle 70%) agar yang terlibat mampu berfikir secara analitik serta predektif terhadap iklim pengurusan pendidikan semasa.

BENGKEL AUTOMASI KERJA DENGAN AGENTIC AI
Workshop
4 gambar
Feb 2026
BENGKEL AUTOMASI KERJA DENGAN AGENTIC AI
Kolej Matrikulasi Johor, Tangkak, Johor
20 peserta

n8n digunakan sebagai rangka automasi untuk menghubungkan aplikasi, data dan Large Language Model (LLM) + Telegram integration

Bengkel AI untuk Ketua Panitia MP Teras
Workshop
3 gambar
Nov 2025
Bengkel AI untuk Ketua Panitia MP Teras
Dewan Semark PPD Kluang, Kluang
200 peserta

Bengkel komprehensif tentang penggunaan AI tools untuk pentadbiran sekolah, dari automasi workflow hingga decision making dengan data analytics.

AI Dalam Pendidikan Islam
Ceramah
Nov 2025
AI Dalam Pendidikan Islam
Masjid Kampung Melayu Kluang, Kluang
150 peserta

Perkongsian berkenaan AI dalam PdPC dan pengurusan yang berkaitan dengan mata pelajaran Pendidikan Islam

Slides
AI dalam Pendidikan : Transformasi Pengurusan Sekolah dan PdPC
Ceramah
Nov 2025
AI dalam Pendidikan : Transformasi Pengurusan Sekolah dan PdPC
Dewan SJKC Chong Hwa 2, Kluang
236 peserta

Perkongsian tentang AI kepada Guru Penolong Kanan Pentadbiran dan Guru Penolong Kanan HEM daerah Kluang terutamanya aplikasi Canva dan NotebookLM dalam Program Pemantapan Profesionalisme & Hala Tuju Peningkatan Kualiti Kepempinanan Sekolah-sekolah Daerah Kluang.

Slides
AI Sebagai Alat Literasi Maklumat Dalam Pendidikan
Ceramah
Sep 2025
AI Sebagai Alat Literasi Maklumat Dalam Pendidikan
Dewan SJKC Chong Hwa 2, Kluang
300 peserta

Perkongsian berkenaan AI dalam literasi maklumat sempena Perhimpunan Profesionalisme Bil.2/2025 Pejabat Pendidikan Daerah Kluang

Slides
Jul 2025
Workshop
Kursus Pembangunan Teknologi Kecerdasan Buatan (AI) Siri 1 Tahun 2025
Dalam Talian,
300 peserta

Kursus kepada Pegawai Pengurusan & Profesional KPM bagi memanfaatkan Al dalam proses kerja bagi meningkatkan proses membuat keputusan, analisis ramalan dan perancangan strategik.

Slides
Jun 2025
Webinar
Webinar Canva AI untuk Pendidik IPGM THO
Dalam Talian,
200 peserta

Webinar menggunakan Canva AI untuk hasilkan bahan pengajaran visual yang professional bertemakan Kecerdasan Buatan (Al) untuk semua pelajar Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) IPGM Kampus Tun Hussein Onn, Batu Pahat Johor Ambilan 2021/2026.

Mac 2025
Workshop
Kursus Pengenalan kepada Teknologi Kecerdasan Buatan (Al) Siri 1/2025
Dalam Talian,
300 peserta

Memahami definisi dan konsep asas Al selain memberi penjelasan tentang kelebihan Al serta memahami aplikasi Al dalam dunia sebenar terutamanya dalam tugasan harian. Kursus ini disasarkan kepada pegawai Perkhidmatan Bukan Guru (PBG) daripada pelbagai skim perkhidmatan yang berkhidmat di peringkat Bahagian, Jabatan mahupun sekolah.

Jan 2025
Workshop
Bengkel Asas Aplikasi Canva dan Kursus Pembangunan Aritificial Intelligent (Al)
Pusat Latihan Guru Dalam Perkhidmatan, Bandar Tenggara, Johor
60 peserta

Bengkel Asas Canva & AI bagaimana ia membantu tugasan harian kepada pegawai-pegawai Jabatan Pendaftaran Negeri Johor.

// Topik

Topik Bengkel & Ceramah

🤖

AI dalam Pendidikan

ChatGPT, Canva AI, dan AI tools untuk pembelajaran dan pentadbiran

☁️

Google Workspace

Google Classroom, Apps Script automation, dan digital collaboration

💼

Microsoft 365

Teams, Power Platform, SharePoint untuk transformasi digital sekolah

🎥

Video Production

Shooting dan editing video pembelajaran dengan smartphone

📊

Data Analytics

Power BI, Excel, dan data visualization untuk decision making

🎨

Graphic Design

Canva dan design thinking untuk bahan pengajaran visual

Jemput Saya untuk Bengkel

Berminat untuk menganjurkan bengkel atau ceramah di sekolah/organisasi anda? Saya sedia untuk berkongsi ilmu dan pengalaman.