// Portfolio
Portfolio
Projek dan sistem yang telah dibangunkan untuk memajukan pendidikan melalui teknologi
Setiap sistem di bawah dibangunkan sendiri untuk menyelesaikan masalah sebenar dalam pentadbiran pendidikan, bermula daripada keperluan harian di Pejabat Pendidikan Daerah Kluang dan Jabatan Pendidikan Negeri Johor.
Kebanyakannya kini digunakan setiap hari oleh pegawai dan sekolah, meliputi pengurusan guru ganti, pementoran perkhidmatan awam, laporan CPD, tinjauan persepsi guru, sehingga permohonan sekolah ke PPD dan JPN. Dibina menggunakan PHP, Laravel, Next.js dengan MySQL atau PostgreSQL, dan dihoskan sendiri.

Kit hands-on percuma untuk guru menggunakan Gemini Notebook dan Canva AI terus dengan akaun DELIMa. Panduan langkah demi langkah yang disemak pada paparan sebenar, 55 prompt sedia salin yang terisi mengikut subjek dan tahun, lima aktiviti berpandu dengan tanda kemajuan, serta alat kongsi QR dan WhatsApp. Fasilitator bengkel boleh memohon pautan dan kod sendiri untuk memantau pendaftaran dan kemajuan peserta.
Impact: Guru membina bahan PdP berasaskan AI sendiri tanpa bergantung pada slaid bengkel, dan fasilitator memantau kemajuan peserta secara langsung
Produk SaaS penjana prompt (React/Vite + backend integration) untuk kegunaan cross-organization/public.
Impact: Mempercepat penghasilan prompt berkualiti dalam pelbagai konteks kerja.

Pakej bengkel lengkap untuk guru sekolah rendah (SK LKTP Belitong, Ogos 2026): 32 slaid, skrip penyampaian, modul hands-on, 20+ templat prompt CTFC dan LMS web khusus. Topik: buku nota subjek dari DSKP, kuiz/podcast/infografik bertema, slaid BM dengan Canva AI, etika AI.
Impact: Guru membina bahan PdP berasaskan AI secara hands-on dalam satu sesi

Sesi 120 minit untuk pegawai JPN/PPD/BPSH di Bengkel Analisis Tinjauan Prakarsa MySTEP Pembantu Guru (KPM, Pulau Pinang, Julai 2026). 44 slaid, modul hands-on analisis data CSV dengan Gemini Pro, Deep Research, Gems, Magic Charts Canva dan analisis tematik ChatGPT, dengan LMS web.
Impact: Pegawai KPM menganalisis data tinjauan kebangsaan menggunakan AI

Kursus LDP 4 slot untuk guru sekolah rendah (SK Abdul Rahman Yassin Kluang, Jun 2026): Pengenalan AI, Gemini, NotebookLM dan Canva for Teacher, termasuk kejuruteraan prompt CTFC dan penjanaan imej/multimedia. 43 slaid, skrip, modul dan LMS web bertema gelap/cerah.
Impact: Siri bengkel AI yang telah disampaikan kepada GPK, GKMP dan guru Daerah Kluang

Bengkel Jurulatih Utama Penggerak Digital PPD Segamat 2026. Model 3 Level pembinaan aplikasi pendidikan dengan AI: Level 1 prompt sahaja (Claude Artifacts, Lovable, Bolt), Level 2 deploy sendiri dengan URL, Level 3 IDE profesional dengan agen AI (Cursor, Claude Code). 47 slaid, nota penceramah dan 3 panduan hands-on.
Impact: Jurulatih Utama membina dan deploy aplikasi pendidikan sendiri dalam sehari

Aplikasi web progresif (PWA) yang mencadangkan kesebelasan, kapten, transfer, chips dan draf Wildcard untuk Fantasy Premier League. Unjuran mata (xP) setiap pemain dikira daripada xG, xA, minit bermain, kekuatan lawan dan berita kecederaan menggunakan data API rasmi FPL, dengan 3,000 simulasi bagi setiap pemain untuk peluang blank dan haul. Tanpa log masuk, hanya Team ID, dwibahasa BM dan Inggeris, dengan penasihat AI pilihan melalui OpenRouter.
Impact: Setiap unjuran disimpan sebelum tarikh tutup gameweek dan dinilai dengan mata sebenar, supaya ketepatan model boleh disemak secara terbuka

Sistem Dashboard Headcount SPM untuk semua sekolah menengah di bawah PPD Kluang
Impact: Digunakan oleh SISC+ dan SIP PPD Kluang sebagai sumber rujukan untuk membimbing sekolah
Sistem automasi kandungan berasaskan Python, cron, dan API workflow untuk operasi media personal/organisasi.
Impact: Membina pipeline kandungan automatik dari idea ke publishing.

Pentadbiran dan pengurusan sumber data SSTP untuk semua sekolah di Johor. Dashboard analytics, laporan, dan pengurusan data menggunakan Google Looker Studio
Impact: Data Sumber & Teknologi Pendidikan Negeri Johor

Laman portfolio + blog peribadi menggunakan Next.js, React TSX, dan Prisma stack yang dikemas kini dengan bantuan agen AI.
Impact: Menjadi pusat identiti digital, kandungan, dan showcase projek.
Sistem permohonan/pengurusan MySTEP Guru Ganti berasaskan PHP web app untuk operasi peringkat daerah.
Impact: Memudahkan proses permohonan dan pengurusan guru ganti secara berpusat.
Dashboard pengurusan lantikan/rekod dengan reporting, export, dan API untuk kegunaan daerah/organisasi.
Impact: Membolehkan pemantauan data lantikan secara lebih pantas dan tersusun.
Sistem borang + dashboard + laporan + API untuk jangkaan guru bercuti di peringkat daerah.
Impact: Meningkatkan perancangan penggantian dan operasi sekolah.
Sistem modular pengurusan kelab sukan & rekreasi untuk organisasi/unit.
Impact: Menstrukturkan pengurusan ahli, aktiviti, dan tadbir urus kelab.
Aplikasi web moden JS/TS untuk sistem tempahan/order peringkat organisasi.
Impact: Memudahkan urusan tempahan dengan aliran kerja digital.
Dashboard pemantauan data berasaskan React stack untuk skala kebangsaan.
Impact: Menyokong visualisasi data dan analisis pelbagai dimensi.
Sistem web PHP untuk kegunaan peringkat negeri.
Impact: Menyokong operasi digital berskala negeri.
Sistem pengurusan berkaitan guru menggunakan web app dashboard stack bagi organisasi/daerah.
Impact: Memusatkan maklumat pengurusan guru untuk operasi lebih efisien.

One Stop Centre permohonan sekolah ke PPD Kluang dan JPN Johor. Menyatukan 6 sumber data permohonan, penjejakan status dengan jejak audit, portal awam semakan status, penjanaan surat BKPL PDF dan panel admin Filament.
Impact: Sekolah Daerah Kluang semak status permohonan dalam satu portal tanpa perlu menghubungi PPD

Dashboard bersepadu pengurusan guru ganti MySTEP peringkat negeri Johor. Portal MSGG, jangkaan cuti, lantikan dengan surat DOCX automatik, modul kewangan (bajet, gaji, ramalan) dan import data sekolah, dengan routing ikut domain.
Impact: Menyelaras data guru ganti semua PPD di Johor dalam satu sistem

Menggantikan Buku Log Mentor/Menti bercetak bagi Program Pementoran Perkhidmatan Awam (PP Bil. 18/2005). Pendaftaran mentor/menti, kohort, pemadanan pasangan, buku log sesi, instrumen berskor, laporan kemajuan dan BLPP, dengan SSO staf PPD.
Impact: Pementoran pegawai PPD Kluang direkod secara digital dan boleh diaudit

Tinjauan anonim persepsi guru terhadap kepimpinan sekolah (6 perjawatan × 3 dimensi, skala Likert) untuk semua SMK/SBP/SABK/KV Daerah Kluang, dengan perlindungan anti-bot dan dashboard analitik per-soalan, per-sekolah dan demografi.
Impact: Data persepsi guru seluruh daerah dianalisis secara masa nyata untuk PPD

Dashboard profil dan bimbingan Pegawai SIP+ (School Improvement Partners Plus). Profil pegawai, 117 sekolah bimbingan, sesi bimbingan, laporan OPR PDF dengan galeri gambar, takwim aktiviti dan bahan rujukan.
Impact: Rekod bimbingan 117 sekolah Daerah Kluang dipusatkan untuk Pegawai SIP+

Sistem laporan One Page Report (CPD/PLC) pegawai SISC+ dan sektor PPD Kluang. Borang laporan, aliran pengesahan berperingkat, kod akses, analisis carta dan penjanaan PDF automatik.
Impact: Laporan OPR pegawai disahkan dan dijana PDF tanpa proses manual
Ada Projek untuk Saya?
Saya sedia untuk membantu dalam projek transformasi digital, sistem pendidikan, atau pembangunan aplikasi.
Hubungi Saya